NOORUL SHAFINI BINTI ANNUAR

Menamatkan pengajian Sarjana Muda dalam bidang Teknologi Maklumat di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (2008). Kerjaya bermula di Kolej Poly Tech MARA Kota Bharu sebagai Pensyarah Sains Komputer (2008-2011).  Kemudian berhijrah ke Pekan, Pahang sebagai Pensyarah IT (Pengajian Umum) di International College Automotive (ICAM) yang kini dikenali sebagai DRB HICOM Universiti. Menamatkan pengajian Sarjana bagi bidang Sains (Sistem Maklumat) dari Universiti Putra Malaysia dalam mod thesis sepenuhnya.

Menubuhkan Syarikat IQP Solutions pada tahun 2014 yang mana syarikan ini menjalankan perniagaan barangan bayi, membekalkan alat tulis di jabatan kerajaan serta melaksakan latihan atau kursus-kursus di sekolah, jabatan kerajaan dan swasta. 

Professional Learning Facilitator (Mastery) adalah softskill pertama yang diambil bagi meningkatkan kemahiran mengendalikan kursus. Menjalankan perniagaan menjual barangan bayi, AMWAY dan Tupperware. Menggunakan Facebook, Instagram dan Shopee Marketplace bagi memperkenalkan dan mempromosikan produk. 

Menjadi tenaga pengajar Shopee setelah berjaya mendapat jualan 5 angka di Shopee. Dan kini menjadi Certified Trainer eUsahawan.

Selamat Berkenalan 🙂