Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera
Dimusim PKP ni, ada beberapa usahawan yang WhatsApp Master Noorul. Hari ni Master Noorul nak ceritakan kisah puan S. Katanya “Master Noorul, boleh bantu saya?” Saya tanya dia kenapa? Dia jawab “saya baru sahaja diberhentikan kerja. Saya ibu tunggal. Saya ada 5 orang anak. Duit bantuan disalurkan ke akaun suami kerana belum mendaftarkan penceraian”
Allahuakbar….saya tengok 5 orang anak saya yang sedang tidur… Mengalir air mata saya kerana keresahan dia hati Puan S dapat dirasai oleh saya. Saya tanya Puan S, apa kelebihan @ kepakaran Puan S. Dia jawab saya boleh memasak.
Saya tanya lagi, dimanakah lokasi Puan S. Adakah di kawasan kampung atau taman perumahan. Dia jawab taman perumahan. Kat sini ada banyak taman .
Cukup 2 soalan itu, otak saya sudah ligat untuk memberitahu apa yang perlu dia buat. Tetapi saya teruskan lagi bertanya dan bertanya…. Apa soalan yang ditanya?
1. Senaraikan masak makanan apa yang paling sedap yang puan S pernah masak dan diberi kepada kawan2 untuk mencuba.
2. Puan S nak buat berapa menu sehari?
3. Siapa yang akan membantu untuk urusan pembungkusan?
4. Siapa yang akan menghantar semua makanan tersebut?
5. Siapa yang akan mengambil order?
6. Bagaimana Puan S nak mempromosikan makanan tersebut?
Apa yang Master Noorul nak highlightkan disini ialah soalan no 6.
Bagaimana nak mempromosikan makanan di musim COVID-19 melanda negara dan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) sedang dilaksanakan DAN dia belum pernah berniaga makanan. Orang tidak pernah membeli dengan dia, jadi dia tiada testimoni yang boleh menyatakan makanan dia tu sedap atau tidak. Tetapi dia pernah bagi kawan2 opis dia merasai masakan dia.
Disini Master Noorul nak bagi tipis, bagaimana kita nak mempromosikan makanan kita…
1. Sediakan satu video pendek cara penyediaan makanan – video haruskan kurang dari 1 minit.
2. Sediakan satu video pendek – menikmati hidangan yang dijual.
3. Sediakan satu page di Facebook, dan promosikan page tersebut di group2 whats app atau fb Market place.
FACEBOOK PAGE
Pastikan setiap hari update FB page, gambar membeli bahan mentah, penyediaan makanan n penghantaran dibuat. Ini bagi meyakinkan prospek untuk membeli dengan kita. Digalakkan untuk memasukkan gambar yang cantik2….sehingga membuatkan orang ‘titik air liur’ bila tengok gambar kita… biar org rasa tak boleh kalau tak beli makanan dari kita. Jangan pulak dijampi2 makanan tu ya….
Collect order
Buat menu untuk seminggu terus. Tak kan hari2 nak jual makanan yang sama kan? Atau boleh rotate jenis makanan 3 hari sekali. Poskan menu di Facebook. Berusahalah untuk mendapatkan sales. Kita perlu kreatif dalam mempelbagaikan menu, kreatif dalam mempromosikan makanan kita. Sebagai contoh, buat combo set. Collect order beserta dengan bayaran. Galakkan pembeli membuat bayaran secara online di musim Covid-19 ni. Ini dapat mengelakkan penularan virus2 durjana.
Saya mendoakan Puan S dimurahkan rezeki, dipermudahkan urusan dia dan anak2nya… Team puan S terdiri dari anak2nyang berusia 13 – 2 tahun. Untuk Puan S juga, Master Noorul mencadangkan beliau untuk menghadiri Kelas eUsahawan MDEC Percuma yang di taja oleh kerajaan Malaysia. Macamana nak daftar? Klik sahaja link di bawah.
KOMEN TERKINI