Ibu-ibu di musim PKP ni macamana?
Assalamualaikum semua….
Kali ni Master Noorul nak cite pasal perangai ibu-ibu dimusim PKP ni…. Dan pastinya pembaca2 post ni terdiri dari golongan kaum ibu kan?
Perasan tak, di musim PKP ni ramai ibu-ibu yang tunjuk skill. Skil membaking, memasak, meroti, mengkuih, menjahit, menjadi cikgu tadika, cikgu skolah rendah, cikgu sekolah menengah, doktor, tukang cuci, tukang sapu….Pendek kata semua benda ibu boleh buat. Bukan setakat serba boleh malah multitasking lagi… Hebatnya kita ni ibu-ibu. Dalam mana kena buat kerja hakiki yang mendatangkan pendapatan, kita tak pernah tinggal kerja atau tanggungjawab kita sebai ibu dan isteri. MasyaAllah…jika dihintung, banyak sungguh ganjaran pahala yang Allah bagi. Betapa Allah sayang pada kita.
Master Noorul, masa PKP ni rasa penat sungguh. Sebab kerja tak berenti. Penat dia tu berganda2 berbanding diluar musim PKP. Master Noorul percaya, ibu-ibu pun macam tu. Kerana kita kepenatan, kita jadi pemarah, kita terjerit2 bila bercakap dengan anak2. Bukan takat mak kau hijau jer….singa jadian, harimau liar…semua jadi….Apa yang Master Noorul buat untuk mengelakkan jadi benda2 tu semua, Master Noorul bahagikan tugas pada anak-anak. Basuh kain, sidai kain, angkat kain – sepenuhnya serahkan pada anak. Master Noorul cuma bagitau mereka bila mereka perlu buat semua tu. Waktu makan pulak, sediakan pinggan, cawan, basuh pinggan n lap meja, buang sampah sepenuhnya diberi kepada anak-anak. Jadi bebanan tugas kita kurang.
Bila tugasan dah dibahagikan, barula kita boleh sediakan minum petang…Inilah bonding time Master Noorul dengan anak2. Buat roti puri, roti canai, apam balik, popiah… Mulut Master Noorul xberenti pot pet pot pet.menjerit jugak la…mmg xleh lari la bila dgn budak2 kan…ye la kita nak guide anak ni, cakap 4 kali belum tentu dia paham. tapi dorang nak buat…. Master Noorul xpernah uli roti canai, tiba2 sbb PKP ni, terus jadi pandai.
Besar hikmah PKP ni…walaupun penat, tapi yang mahal pengalaman dan masa bersama2 anak-anak. Setiap apa yang kita curahkan pada anak2 dan suami kita, ada sesuatu yang sangat bernilai. Jadi ibu-ibu, jangan stress. Master Noorul sejak PKP ni, xheran dah ke rumah. tunggang langgang ke apa…suka ati la..kalau kita ni nak kemas 24 jam, mmg akan stress la….tambah plk ada anak kecik. kita simpan dia punggah.
Jadi ibu-ibu jadilah yang terbaik untuk keluarga kita. Mak long dan arwah tok penah nasihat… Jaga suami dan anak2 baik2. Harta kita dunia akhirat. Jaga diri..Jangan buat keje berat. Buat mana yang boleh. Aritu niat dihati nak g jumpa mak long d Kg Kundang lepas pantang, tapi PKP pulak. Mak Long ni mak sedara (sebelah abah). Dr Master Noorul belajar di Pusat Matrikulasi UIAM, keluarga Mak Long la banyak bantu Master Noorul. Weekend Master Noorul akan g umh mak long. Pak Long amik di stesen komuter Kuang. Abg Bie akan hantar balik ke kampus. Mak Long slalu masak kari.. sedapnya ya Allah…. sebelum balik kampus, mak long akan bagi bekal. ikan masin masak ngn air asam jawa tu…apa tah nama masakan tu. kadang ikan masin buh bawang n lada kering. tahan 2-3 hari…. Masa pantang aritu, mak long datang lawat walaupun mak long sendiri tak sihat. Eh tercerita detail pulak pasal mak long. Master Noorul sayang semua mak-pak sedara.
Ok la…nanti Master Noorul tulis lagi ya…Terima kasih sebab membaca.
KOMEN TERKINI