Assalamualaikum dan selamat sejahtera….

Apa kabar usahawan hebat di luar sana? Master Noorul mendoakan semua usahawan sentiasa berlapang dada dengan dugaan yang kita semua hadapi sekarang iaitu COVID-19. Betul…..hampir 60% usahawan buntu dengan apa yang berlaku sekarang. Tapi itu tidak bermaksud kita PERLU GULUNG TIKAR. Tidak perlu berputus asa dengan situasi sekarang.
Apa yang PERLU kita buat sekarang ialah mencari JALAN PENYELESAIAN…..

Sekarang kita PERLU ADA ILMU ONLINE BISNES. Ramai Coach@Trainer yang buat kelas Bisnes Online. Tugas kita adalah BERGURU dengan mereka. Ada yang PERCUMA dan ada yang BERBAYAR. Ingat!!!! PERCUMA TIDAK SEMSTINYA TIDAK BAGUS.

Ok berbalik kepada kedai Shopee…. Macamna kita nak setting kedai di shopee?

Di Shopee kita akan masukkan pelbagai produk yang kita jual. Sebaiknya, biarlah kita ada 20 produk. Ada orang cakap “Master Noorul, saya cuma ada 5 produk sahaja” Saya jawab, “Dari 5, jadikan 30” Macamn nak jadikan 30 tu?
5 barang = A,B,C,D,E
Jadikan combo = AB, AC,AD,AE, BC,BD,BE, CB,CD,CE,DB,DC,DE, ABC,ABD,ABE, ACD, ACE,ADB,ADE,
Dah ada 25 produk…

Setiap produk ni, tuan/puan boleh duplicate tetapi pastikan tuan/puan menggunakan gambar yang berlainan (dalam kelas Shopee diajar cara mengambil gambar) dan harga yang berlainan. Begitu juga description produk yang berlainan…Ala tukar la sikit2..tukar kedudukan ayat ke… JANGAN GUNA gambar yang sama, harga yang sama dan description yang sama untuk produk yang sama. Saya harap tuan/puan JELAS ya….Baca banyak kali sampai JELAS 🙂

Selalunya beginner di Shopee, kedai mereka pada awalnya “Krik..KRIK…KrIk..”
Jadi untuk mengelakkan kedai kita tu krik..krik… kita letakkan 3 jenis harga di kedai kita. Harga yang MURAH, Harga BIASA dan Harga MAHAL. Selalunya orang akan datang ke kedai kita kerana harga murah. Tapi bila dia tengok barang lain di kedai kita, ada barang yang mereka berkenan, harga barangan tersebut harga biasa atau mahal skit dari kedai lain, mereka akan tetap beli. KENAPA?
Sebab POSTAGE…. Kalau 1 barang tu dia beli di kedai lain, pembeli perlu bayar 2 kali postage. Jika mereka membeli di kedai kita walaupun barang tu mahal skit, mereka cuma perlu bayar postage 1 kali sahaja….

Kita main harga dengan bijak. Jangan semua barang di kedai, kita letak harga yang murah. Kalau sehari ada 1000 buyer, ok la, orang kata margin kecik tapi volume besar…tapi kalau sehari ada 2-3 buyer, margin kecik pulak…sakit jugak la…

Sebab tu Master Noorul selalu tekankan dalam kelas Shopee, JANGAN BERGANTUNG SEPENUHNYA pada 1 platform untuk promote barang kita. Guna sahaja mana2 platform yang ada seperti IG, FB, Marketplace….Kita nak promote BRAND kita agar dikenali.

Satu lagi TIPS, tuan/puan boleh bawa buyer dari Ig/FB ke shopee agar mereka mendapat FREE POSTAGE@bayar kos postage minimum RM5.04.

Itu sahaja perkongsian Master Noorul hari ni untuk tips setting kedai di Shopee. Jika tuan/puan berminat nak join kelas Shopee MAster Noorul, boleh klik button “DAFTAR KELAS SHOPEE”.

Master Noorul juga ada buat kelas eUsahawan MDEC PERCUMA. Jika ada yang berminat, boleh klik button “DAFTAR KELAS EUSAHAWAN”  di bawah ni.

Semoga tuan/puan dipermudahkan urusan untuk membuat sales di musim COVID-19. In Shaa Allah nanti Master Noorul bagi TIPS lagi…stay tune ya…